Jumaat Terakhir di Bulan Oktober 2026

بسم الله الرحمن الرحيم

Jumaat Terakhir di Bulan Oktober 2026 | Allhamdulillah, segala puji bagi Allah Ya Rahman Ya Rahim, Dia lah Yang Maha Pengasih dan Dia juga Yang Maha Penyayang. Berbaki dua bulan sahaja lagi untuk kita melangkah ke tahun baharu 2027,,, banyak perkara yang telah kita lalui sepuluh bulan ini. Sekejap sahaja masa berlalu, penghujung tahun juga sudah kita tiba!

Walaupun saya tahu satu impian saya tahun ni tidak akan tercapai untuk mengerjakan umrah. Saya sedar siapa saya, ia bukan panggilan dan saya bukan tetamu yang terpilih untuk ke sana. Banyak kekecewaan tentang ini, apa pun saya tahu sesungguhnya Dia Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Mak saya nampak akan saya tentang perkara ini pun saya dah bersyukur! 

Siapa saya untuk menidakkan takdir!

Adakala jika kita diberi kebaikan, kita akan lupa. Mula merasa diri beruntung dan segalanya, sebenarnya itu cuma ujian untuk kita dariNya. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa sabar dengan ujiannya! dan sentiasa rendah diri. Siapa kita untuk mendongak ke atas? Cuma hamba yang hina dina dilahir pun asal dari tanah, kembali pun ke tanah yang hina, inikan pula untuk mendongak ke atas yang tinggi.... 

Gambar lama dari koleksi sheila inspire dot com


So, Jumaat terakhir di bulan Oktober ini, kita mengembirakan hati sentiasa... kerna Allah adalah penulis skrip kita hanya melakonkannya sahaja! hehehe.... 

Jom kita main masak-masak. Dah lama tak masak nasi arab! Resepi arwah makcik saya... tanpa menggunakan rempat instant tau... Resepi ada SINI.


4 ulasan:

  1. tajuk tu nk tulis oktober kan..tp tgk november tu hehe....insya allah ada rezeki nanti utk mengerjakan umrah..sedap tu nasi arab..kt umah ni husband yg slalu masak nasi arab

    BalasPadam
    Balasan
    1. a aa betul sis... duk ingat nov in advanced hehe

      Padam
  2. moga2 yg baik2 ajer utk kita semua utk november ni :) saya dh lama tak mkn nasi arab!

    BalasPadam
  3. Insyaa Allah hajat sampai nanti dan dipermudahkan urusan. Aamern

    BalasPadam

Leave your inspired here

Dikuasakan oleh Blogger.