Di Kelilingi Orang Baik

Di Kelilingi Orang Baik | Allhamdulillah, perkara yang best bila kita di kelilingi mereka yang baik. Saya paling suka bila kita bercakap ada orang dengar. Ye la sebab suara saya pelan. Saya tak pandai nak menjerit tapi jangan cabar.. Bila cabar pecah gelas saya jerit… So saya akan mengambil tindakan waspada biar kena kritik suara pelan daripada saya menjerit nak bagi orang puas hati… kang makan hati berulam jantung! 

Bila saya dikelilingi orang baik, saya ikut rentak mereka cakap pelan, hormat mereka, mereka pun sangat dengar cakap saya yang  cakap tak berapa nak kuat ni.. sebab mereka rasa saya penting… bukan mereka mengambil kesempatan pada saya, tapi mereka ikhlas dengan saya. Bila orang ikhlas dengan kita mereka akan bercakap untuk kita tertarik dan mereka meberi kita peluang bercakap bukan menguasai kita…

Saya dibesarkan dengan banyak berdiam, jarang diberi kesempatan bercakap dan jarang orang mahu mendengar apa yang saya cakap… bila kita bagi pandangan pun tidak diendahkan apa lagi mahu ikut apa yang kita cakap. Bila mana saya berada dengan orang yang baik, ikhlas dengan saya, saya rasa satu nikmat…

Nikmat

Yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.. kita sakit mereka sangat mengambil berat… agaknya mereka tahu saya ni macamana… biasanya orang tua-tua ni dia dapat rasa, dari percakapan kita dan orang sekeliling pun dia dapat rasa… mungkin sebab itu juga orang baik dikeliling saya kesian dengan saya. Siapa tahu! Dan.. saya selesa dengan mereka. Mereka seperti ibu dan ayah! 

So, hati saya sangat menghargai orang yang baik dikeliling saya… walaupun tak ramai yang betul ikhlas dengan kita, namun apa yang Dia datangkan pada saya, sangat syukur! Terima kasih datangkan mereka untuk saya.. Semoga orang yang ikhlas dengan saya dikurniakan syurga. 

Jangan risau! sifat saya tidak menyimpan dendam, siapa saya nak berdendam dengan orang. Biasanya mereka yang mengecilkan hati saya, akan datang kembali kepada saya... ermmm.... Dan... jangan risau juga saya akan berhenti bercakap jika tidak diperlukan sampai waktunya, sebab itu dah memang sifat semulajadi saya... 




Tiada ulasan

Leave your inspired here

Dikuasakan oleh Blogger.