Saya 2025?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Entry ini dah lama disimpan sebagai deraf. Baru hari ini terasa untuk publish!


Saya 2025? | Assalamualaikum, Salam tahun baharu 2025. Allhamdulillah, baru sempat membuka pagar pintu rumah saya yang bersarang ni... Sepanjang tahun 2024, tak banyak yang mampu coretkan di sini dek ketidaksempatan saya menerjah rumah ini. Allhamdulillah syukur, dengan rezeki Allah yang banyak unur yang meningkat.... Kesihatan ada turun dan naik, apa pun syukur masih diberi kesihatan yang baik. Syukur juga, sejak raya puasa, selepas raya puasa dalam masa 2 minggu saya ambil 3 injection penahan sakit, dan sehingga sekarang saya belum mengambilnya lagi... Terpaksa bergegas ke kecemasan hospital Tuanku Fauziah Kangar juga, bila injection kedua di PKU UUM berulang sakit kembali. Mengangkut anak2 yang masih tidur ke wad kecemasan. Namun, bagi penyakit macam saya hadapi, batu dalam hempedu ni tiadak ubat yang hospital provide untuk saya membuang batu secara natural, hanya ubat angin dan tahan sakit sahaja yang dibekalkan.

Pelbagai usaha dibuat, buat detox dan dua kali berubat kampung, syukur sehinggan kini bertahan diserang sakit kembali. Yang pastinya batu masih ada dalam hempedu cuma ia tidak mengganggu... Bulan 10 yang lalu doktor suggest untuk saya masuk list pembedahan, tapi saya taknak, saya minta dipantau kerana setakat ni saya tak sakit, Dan... bulan 1 ni saya ada temujanji bersama doktor, genap 3 bulan... tak tau ler saya nak bagi alasan apa pada doktor untuk tidak melakukan pembedahan.... 

Sebab, sekarang ni memang saya tak sakit, tapi risau juga selepas ni kita sakit. Kita bukan boleh agak bila kita akan sakit! dak gitu.... so kalau uols di tempat saya uols nak operate tak buang batu hempedu tu?




Tiada ulasan

Leave your inspired here

Dikuasakan oleh Blogger.