Resepi
Bengkang Pandan Kukus Hippies
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Bengkang Pandan Kukus Hippies | Assalamualaiku salam sayang semua. Hari ni saya nak kongsi resepi Bengkang Pandan Kukus Hippies yang mudah jer ni.

Bengkang ni, kalau kena cukup lemak emmang sedap ler.... tapi ni saya buat hanya guna 1 kotak santan sahaja. Korang kalau nak lemak berkrim boleh guna 2 kotak santan. Ok, jom kita tengok bahan-bahannya:
1 kotak santan Kara. Saya suka santan Kara ni sebab dia pekat.
3 biji telur
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
7 helai daun pandan + 1 cawan air
Secubit garam
Sprinkle chocolate chip
Bijan
Rempah (cengkih dan kulit kayu manis)
Ok, ini antara bahan-bahan untuk buat Bengkang Kukus Pandan Hippies.... aippp dh lain namanya daripada yang atas tu... hehehe,,, apap-apa la labu.... janji sama
Kalau nak bagi cantik warnah hijau tu, boleh la masukkan beberapa titik pewarna hijau, ye la warna pandan biasanya tak berapa menyerlah sangat. So bunga cengkih tadi saya masukkan untuk reduce kan bau telur. Kalau korang ada esen vanilla boleh guna esen vanilla. Sama je fungsiunya. Dalam resepi kali ni saya nak guna rasa ala-ala rempah gituhhh... So bila dah blend sebati, saya kikiskan kulit kayu manis, dan ini juga kalau korang dah ada serbuk kayu manis tak perlu la nak kikis-mengikis macam saya ni.... huahhhhahaha....
Beberapa titik pewarna hijau dan kulit kayu manis
Acuan yang korang nak guna tu, boleh la alas dengan wrap plastik, atau plastik. Fungsinya untuk bagi kuih tu tak melekat dan mudah untuk dikeluarkan. Dah sediakan plastik dalam acuan boleh la tapiskan adunan kuih ke dalam acuan yang hendak dikukus.
Bila air kukusan dah mendidilh, boleh masukkan dalam kukusan anda. Sedia dikukus selama 30 minit atau sehingga masak.... Jangan lupa bila 3/4 masak, boleh la taburkan bijan dan sprinkle chocolate chip di atas bengkang anda.
Dan.... teruskan mengukus sehingga kuih korang masak. Dah masak, Boleh keluarkan tunggu sehingga sejuk sedikit sebelum dikeluarkan dalam acuan.
Kalau korang nak senang potong, kena letakkan bengkang ni dalam peti ais sebab bila kuih sejuk ia mudah dipotong. Dan... korang juga boleh letakkan minyak pada mata pisau supaya bila dipotong ia akan sama.
Full Video boleh tengok kat bawah ni....
Selamat Mencuba!










.png)

Eeee sedapnyaaa...terus rasa nak buat ajee laaaaa
BalasPadamwah menarik dan nampak mudah. boleh try nanti insyaAllah. Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html
BalasPadamsedapnyaa bengkang pandan ni..terliurrr
BalasPadamterima kasih sheila kongsi resepi :)
BalasPadamSedapnya. Aroma bau pandan dan rasa pandan tu buat tambah sedap lagi.
BalasPadamsedap n cantik kejadiannya
BalasPadamsedapnya!
BalasPadamsedapnya!
BalasPadamIndah kemenjadiannya, tahniah!
BalasPadamwahhh tak pernah try lagi buat bengkang yang ada rempah dan sprinkle... memang colorful
BalasPadamtak pernah try kukus bengkang tu, biasa bakar je sebab suka rasa kerak dia yang hangus2 hehehe
sedapnya bengkakng nih..sheila
BalasPadami like 😍😍😍
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamSedapnya, kak. Nanti nak cuba buatlah. Lama dah tak makan.
BalasPadam