Rumah Aidilfitri 2026

Rumah Aidilfitri 2026 | Allhamdulillah, majlis rumah aidilfitri semalam 3 April 2026 (Jumaat malam) berjalan lancar! Ramai kawan-kawan datang. Saya jemput bos saya, dan para penjawat serta admin ofis, kawan-kawan seofis yang tinggal di taman saya serta parents anak saya merangkap teman seofis saya... Sebenarnya kami sebagai host sahaja... Yang handle semua majlis ini adalah pakatan daripada jiran-jiran... 

Saya cuma masak nasi dagang dan kakak masak spaghetti carbonara. Semua makanan yang lain adalah daripada jiran-jiran kami... Mohon maaf tak dapat nak jemput semu kawan-kawan ofis. Terima kasih, kawan-kawan yang dapat datang meriahkan majlis ini... 

Tumpang Untuk Majlis Hari Jadi Jannah

Alang-alang dah buat majlis ni kami tumpang birthday Jannah sekali... Semoga kak cik Jannah sentiasa sihat, membesar dengan baik, sentiasa dilindungi, dimurahkan rezeki ilmu, dunia dan akhirat. 

Kakak dan ummi homeroomnya

Bila gurls melepak! Yang bestnya bila tetamu pulang, meja ku maintain untuk kami berempat.... Tak sangka hampir pukul 12, tak tengok jam... syok bersembang... bila geng laiki jer duk lepak malam2 menyembang, ni team saya dan kawan-kawan lak... hehehe... 


en somi kata, "depa ni nak balik bila?", team laki nak kemas kerusi meja cuci-mencuci... hahaha... bukan selalu, kat ofis jumpa sebulan sekali pun belum tentu! selisih bahu ja... kannn....



Apa pun terima kasih en somi, jiran-jiran tetangga yang bertungkus lumus mengjayakan majlis ini...





Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Dikuasakan oleh Blogger.