Minggu ke2 Kelas KoK

بسم الله الرحمن الرحيم

Minggu ke2 Kelas KoK | Allhamdulillah, hari ni minggu kedua, hari ni masuk saya masuk aplikasi  AI untuk buat design grafik. Sebenarnya design ke, editing ke dah jadi mudah skang ni bila dah ada AI... bila nak cepat AI juga dicarinya.. tapi bukan untuk sepenuhnya bergantung kepada AI, namun hanya sebagai pemudah cara! 


Kreativiti

Tetap bergantung kepada kemahiran individu, usaha individu. Ramai orang kata "saya tak kreatif". Seorang yang anggap dirinya tak kreatif, boleh menguasai kekreatifan itu jika mereka ada daya usaha dan rajin berusaha...

DiBangku Sekolah 

Saya dibangku sekolah rendah kawan-kawan anggap saya seorang yang kreatif! Namun, saya di alam universiti, dengan kreatifan yang saya ada, jarang digunakan, dek kesibukan kelas, kreatifan saya semakin hari semakin hilang! Itu yang saya akui dan apa yang saya alami....

Pelajar KoK

Saya tak paksa mereka nak guna aplikasi apa... yang penting mereka dapat hasilkan produk dan design sendiri atas usaha dan idea mereka sendiiri..



Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Dikuasakan oleh Blogger.