Pucuk Putat vs Pucuk Mayong

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah...

Pagi Sabtu kelmarin, adik merenget nak makan kuih, memaksa saya keluar pergi pasar. Dah lama juga la saya tak ke pasar.


Bila ke pasar tak tahu nak beli apa, tak tahu nak masak apa? Lauk hanya beli ayam saja. Malas nak fikir, nak makan apa.... tengok ulaman la adik.... jom kita pergi tengok ulaman. Saya tanya ini pucuk apa? pucuk putat saya tahu, pucuk sebelah saya tak tahu. Makcik pelanggang menjawab tu pucuk mayong dik... sedap pucuk mayong tu goreng macam tu sahaja.... "o... ye ke makcik".... saya ambil pucuk mayong tu. Rupanya pucuk mayong adalah bayam... ada yang bewarna hijau... Yang ni warna purple.... balik rumah memang saya goreng ja la.... hehehe.... tanya husband "sedap tak pucuk mayong tu?" katanya "tak sedap".... ntah la saya goreg tak sedap ke, pucuk tu yang tak sedap.... bagi saya ok jer... sedap ke tidak itu yang Allah bagi saya makan je la.... 

Bila search kebaikan pucuk berdua ni memang banyak la kan.... 

Pucuk Putat atau barringtonia racemosa berkhasiat: untuk melancarkan perjalanan darah, mencegah serangan gatal-gatal disamping boleh mengubati beberapa penyakit kulit. Daun yang matang dikatakan boleh mengubati penyakit cacar air; iaitu dengan mengambil 5 atau 6 helai daun, ditumbuk dengan beras dan kemudian dipupuk atau disapu pada bahagian yang terkena cacar.
Penggunaan : Pucuk putat muda sering dimakan sebagai ulam atau dihiris untuk ramuan nasi kerabu. Bagi peminat laksa utara, ada juga yang suka masukkan pucuk putat ke dalam laksa kerana dikatakan ia dapat menambah kesedapan rasa pada laksa.
Pucuk Mayong antara khasiahnya: mampu membantu membaiki pankreas dan buah pinggang yang rosak akibat diabetes dan darah tinggi.  Untuk maklumat lanjut sila rujuk posting terdahulu tentang sayur ini.

Camana la saya tak leh nak beza bayam ni... Selalu memang duk makan bayam tapi yang besar skit...Yang pucuk, nampak segar lak, sebab tu ler x leh nak cam mayong akak bayam.... hehehe



15 ulasan:

  1. Sedapnya pucuk putat.. Buat kerabu sedap nih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. a'aa... betulkan sis... rasa cam lemak2 skit... ye ke buat kerabu sis... leh try tu...

      Padam
  2. BANYAK KHASIAT PUCUK MAYONG NI XTAU PULA JNS BAYAM...

    BalasPadam
    Balasan
    1. a'aa la kak jenis bayam... hehe... sy pun baru tahu...

      Padam
  3. Biasanya makan pucuk putat je, cikna buat ulam utk laksa je klu ulam nasi xleh telan,huhuu...;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke cik na... bgs2 ada variety jenis masakan ni...

      Padam
  4. makan buat botok2 ini sedap hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. botok2 tu apa sis... haduihhh sy mmg tak tahu... :(

      Padam
  5. pucut pucat itu apa ya ? translate error to indonesia -_-

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum...Cmana cara masak pucuk-pucuk ni? atau di buat ulam?

    BalasPadam
    Balasan
    1. pucuk putat tu biasanya akk buat ulam ja... pucuk mayong tu masak, tumis dengan bawang merah bawang putih bawang besar buh kiub ayam, nak buh udang pun sedap then goreng, jangan lama sangat sebb pucuk mayong ni berlendir kalau lama kat atas api dia akan keluar lendir yang banyak... akak masukkan asam keping nak reduce dia punya lendir tu...

      Padam
  7. Wawa suka makan pucuk ketereh. Putat ni tak pernah lagi. Hehe

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Dikuasakan oleh Blogger.