Maal Hijrah dan Pengorbanan Disebalik Pengertian dan Realiti
Maal Hijrah
dan Pengorbanan Disebalik Pengertian dan Realiti
Assalamualaikum, Salam Maal Hijrah 1442h.
Allhamdulillah, syukur sampai lagi tahun baharu Islam dalam kehidupan kita.
Syukur kerana masih didegupkan jantung ini, diberikan kesihatan yang baik,
kesejahteraan dalam hidup ini. Allhamdulillah, Maal Hijrah kali ni sama tarikh dengan hari lahir saya!
Terima kasih Ya Rabb,
Pengorbanan dan Hijarah
Setiap tahun kita dengar dan menonton di kaca
televisyen, radio, malah di internet tentang pengorbanan demi pengorbanan,
hijrah mereka yang ingin berubah ke arah yang lebih baik. Untuk hijrah kepada sesuatu yang lebih baik
memerlukan pengorbanan dan kekuatan iman. Sebagai contoh pengorbanan dan hijrah
yang selalu dibuat sekarang seseorang yang berubah untuk bertudung. Malah, ada
juga yang berubah daripada memakai tudung untuk memakai mengikut Syariah Islam.
Ia sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
“orang-orang yang sebenarnya hijarh ialah orang yang berhijrah emninggalkan
apa-apa yang dilarang oleh Allah SWT”. (Rawayat Al-Bukhari, Abu Daud dan
al-Nasaie).
Itu merupakan salah satu contoh simple.
Pelbagai pengorbanan dan hijrah yang dilakukan demi yang satu adalah bertujuan
untuk kebaikan. Pengertian hijrah ialah perpindahan Rasullullah SAW dan juga
para sahabat dari Mekah ke Madinah”. Namun, dalam kehidupan kita ini hijrah lebih
terarah kepada hijrah sikap kita. Malah, hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat
telah membawa satu impak yang besar kerana terlahirnya dua surah di dalam Al
Quran iaitu surah Makiyyah dan surah Madaniyah. Surah ini menjadi rujukan umat
Islam sehinggalah kiamat berlaku.
Abu Qirasafah RA meriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa :
“wahai manusia, berhijrah lah dan berpegang teguhlah dengan Islam, kerana selama hijah yang kekal itu lah hijrah (keluar ke jalan Allah SWT) akan berkekalan”. (TH Tabrani)
Bukan itu sahaja impak kepada penghijrahan
baginda SAW dan para sahabat telah memberi impak yang besar kepada perkembangan
Islam. Islam telah dapat disebarkan di seluruh alam.
Sabda Rasulullah SAW:
“orang-orang yang sebenarnya hijarh ialah orang yang berhijrah emninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah SWT”. (Rawayat Al-Bukhari, Abu Daud dan al-Nasaie).
Apa pun jika umat Islam hijarah yang paling
utama ialah “hati”. Penampilan tidak semestinya mempunyai hati yang baik. Ini
kerana hati adalah “raja”. Iman Al- Ghazali berkata: “hati itu ibarat raja,
manakala anggota-anggotanya zahir ibarat rakyat. Jika hati itu baik maka,
baikla anggota yang lain.
Hati
Berubah zahirah adalah baik, namun lebih baik
jika batian juga (rohani) itu turut berubah. Hati (rohani) seringkali
didampingi syaitan. Aggota lahiriah seperti mulut, mata, telinga sering kali didekati
syaitan yang menghijabkan kita dekat dengan Allah SWT. Sifa-sifat mazmumah yang
ditampilkan tidak mampu membuat penampilan kita mendapat redha Allah.
Oleh itu, sebaikanya perubahan itu, mulakan
dengan perubahan dalaman, Serius! susah nak berubah kalau berkaitan dengan hati.
Kalau tak, takkan ada lagi orang yang suka mengumpat, mengata, mencemuh,
mencemburi orang lain, membenci, mendendami orang, tidak suka melihat
kesenangan orang lain, dan banyak lagi sifat mazmumah yang ada dalam hati.
Apa pun sebagai umat Islam, penghijrahan yang
hendak dibuat bukan lah menunggu waktu dan sesuatu. Ini kerana waktu tidak akan
menunggu kita, kerana mati itu kita tak tahu tarikhnya. Oleh, bila dah bersedia
ataupun mahu berubah kepada yang lebih baik, jangan lah dilengahkan. Setiap
masa harus berubah jika kita terleka dan terlalai.
Berkorban
Rasulullah SAW, keluarga baginda dan para
sabahat berkorban, berjuang, mengalirkan keringat harta benda malah nyawa untuk
agama Islam. Baginda dan para sahabat mendapat tentangan sehingga hendak
dibunuh, dibaling batu, tidak makan dan minum, dicemuh, ditomah, sehingga
diusir dan disisihkan untuk memperjuangkan Islam. Kebahagian kita sekarang
adalah hasil pengorbanan Rasulullah SAW , keluarga dan para sahabat?
Namun,
Adakah itu ingat pengorbanan baginda, keluarga
dan para sahabat direnungi, diingati dan diikuti oleh kita semua. To be honors,
saya tak pernah belajar di sekolah agama. Namun, Allhamdulillah, saya boleh
baca jawi walaupun jawi masa saya belajar masa di sekolah rendah dulu sudah
berlaianan dengan jawi sekarang. Dan… saya tidak pernah mendapat Pendidikan
agama secara formal, walaupun tinggal di negeri Kelantan yang dikatakan serambi
Mekah, saya tidak pernah terdedah dengan ceramah dan majlis agama. Hanya dapat
Pendidikan agama di sekolah kebangsaan dan sekolah menegah sahaja.
Bila melangkah ke alam universiti jauh sekali
nak belajar agama, sebab belajar tentang ilmu seni persembahan, pengajian
filem, shooting dan sebagainya. Saya juga tak faham apa itu agama, yang saya
tahu cuma solat, mengaji dan ilmu asas agama. Walaupun di sekolah menengah saya
mendapat A subjek Pendidikan Islam.
Bila melangkah masuk dunia PhD, baharu saya
tahu apakah sebenarnya agama itu. Allahu akhbar…. Umor saya Ketika itu 33
tahun. 2013! Pada ketika itu saya keliru bila disuruh untuk buat apa yang Rasulullah
SAW buat. Dalam fikiran saya adakah saya
wajib buat? Sebab itu kerja pendakwah! Allahu…. Bila ditanya apa yang akan saya
buat untuk ummah saya bagitahu apa yang saya kan buat, namun, penceramah cakap
itu tak cukup!... Saya pulang dan merasa keliru, kerana ketiadaan ilmu dan tak
faham…
Tahun 2014, baharu saya mendapat jawapan kepada
semua itu, Allahu… saya cuba meloloskan diri daripada kesulitan hidup kepada
kebaikan. Numun, seriously saya gagal. Gagal sebab PhD. Mungkin waktu itu,
bukan waktu yang sesuai untuk saya keluar daripada semua itu. Dua tahun saya
mencuba.
Tapi saya bersyukur saya kenal siapa saya! Itu yang membuatkan hati saya 360 darjah berubah. Allhamdulillah.
Kekangan Persekiraran
Untuk berubah mesti ada kekangannya. Adakala
untuk merubah banyak kekangan di sekeliling kita. Ini termasuklah kekangan persekiran kita. Saya seronok bila tengok ada yang mengamalkan gaya hidup Islam yang sempurna. Bukan maksud saya kita manusia biasa ni tidak mementingkan agama, tapi beza cara Islam yang saya maksudkan itu
adalah berkaitan dengan “hati” tadi. Hati yang ikhlas.
Saya cukup senang tengok mereka yang susah tapi
hidup mereka tenang dengan gaya dan cara hidup Islam yang sangat sederhana, tidak buruk sangka dengan
keburukan dan kesusahan, sentiasa positif. Kat Kedah saya ada keluarga angkat. Sedangkan kita banyak berlumba-lumba dalam kehidupan harian. Apa yang dilalui membuat kita lebih matang. Pengalaman demi pengalaman baik atau pun buruk ia satu pendidikan. Yang baik kita ambil yang buruk ketepikan.
Selepas saya dan keluarga kembali ke Kedah,
saya pergi ziarah keluarga angkat saya. Mereka terkejut saya datang. Ye la masa
saya balik kampung akhir tahun lepas saya tak bagitahunya. Sehinggalah masa PKP
tu dia call saya kat kampung. Dek kesibukan saya selalu menangguh untuk
telefonnya. Kat kampung ayah saya pula sakit, dan saya kalut dengan tesis tak sempat nak contact beliau. Dia
bertanyakan orang tentang saya dan keluarga, daripada jiran taman saya dia
ambil no telefon saya.
Bila jumpa tu dia menangis, dia rindu anak-anak
saya. Katanya bila masuk je masjid teringat anak saya, kak ngah yang selalu duduk kat
tempat solat. Kadang-kala kita dapat rasa orang ikhlas ke tak dengan kita.
Ikhlas ni tak boleh dibuat-buat nanti nampak fake… hehehe…. Tapi, Allhamdulillah saya syukur dan seronok
tinggal di Kedah ni sebab Allah datangkan orang yang baik-baik untuk saya dan
keluarga.
Bila saya bawa Nur Jannah ke rumahnya terus dia
ambil dan dukung Nur Jannah. Allahu, ikhlas orang terima kita, dia tak kira kit
ani senang ke susah. Langsung tak tengok status kita macamana. Dia selalu
doakan saya supaya dapat kerja semula. Selain ibu bapa kita, saya syukur ada
orang lain yang ikhlas terima saya dan keluarga kecil saya seadaanya.
Saya seronok orang yang jika orang terima saya
dan keluarga saya seadanya. Saya senang tinggal bersama mereka yang sederhana
dan tak ada bincang pasal dunia, baju cantik, emas permata,
hal rumah, kereta dan sebagainya.
Salah ke kalau susah? Semua orang taknak susah. Tapi ia terjadi pada kami. Kami sedang berusaha untuk keluar dari kesusahan. Sebab kesusahan harta, ada kala rasa tersisih. Saya tak mampu dalam semua hal. Hidup susah pun ada-kala juga disalah anggap. Kenapa susah? mana perginya duit gaji? buat apa dengan gaji? Nak beli itu dan ini semua tak mampu? Bila dijelaskan hal sebenar, di salah anggap pula, malas cari duit dan sebagainya. Tengok orang tu rajin, pandai cari duit.
Tapi bagus juga ada cabaran ni sebab setiap yang terjadi membuatkan kita tidak leka. Jalan terus, jangan toleh belakang... biar la mereka nak bandingkan kita, janji kita tak kacau orang. Kita tak menipu yang kita susah. Kuatkan hati. Tekat dan bulatkan hati. Jalan terus.
Pengorbanan Emosi
Saya mengorbanan seluruh emosi kesedihan saya
sehingga kini. Saya tak tahu sampai bila keadaan buat saya sedih. Atau pun saya
yang sebenarnya yang kena kuat dan hijrah keluar daripada emosi sedih itu. Saya
Bahagia tinggal di Kedah. Saya nak keluar daripada kepompongan kesedihan.
Doakan saya hari yang baik ini maal hijrah
1442h dan juga hari lahir juga untuk keluar daripada kepompongan kesedihan. Saya
nak hidup bahagia dan tenang walaupun sederhana. Saya nak buat sahaja apa yang saya suka terutama dalam
membantu mereka yang memerlukan dan orang susah di luar sana.
Amin Ya Mujib.

.png)

Salam maal hijrah
BalasPadamwhat a good info...
BalasPadamSALAM MAAL HIJRAH
BalasPadamSalam Maal Hijrah sheila :)
BalasPadamSalam Maah Hijrah kak.Moga ini menjadi lembaran baru yang membawa ke langkah baru.Aamiin.Untuk kita semua.
BalasPadamantara tips untuk hidup tenang dan happy ialah tidak membanding banding kan kehidupan kita dengan orang lain.
BalasPadamkehidupan adalah untuk dinikmati dalam apa cara sekalipun.