Suara Yang Tak Laku

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Suara Yang Tak Laku 
Suara yang dipandang sepi. 

Dek kehinaan yang bukan siapa-siapa akan dipandang sinis oleh segolongan pihak. 
Suara yang tak laku, 
bak kentuk pun akan berbau dan berbunyi hingga ke mati,

Apa kan daya, buruk sangat suara yang tak laku. 

Sepatah haram pun dipandang sipi mata. 
tapi Allah Yang Maha Kuasa, 
suara yang tak laku ada kala akan jua bersuara, 
walaupun tidak diendahkan, 
diketepikan, 
akhirnya akan tersembul jua kebenaran. 

Tapi suara yang tak laku jua akan dipusing dan dipersalahkan jua. 

Hina dan dinginnya suara yang tak laku! 
Mahu bersuara, 
berpendapat namun sedikit pun tidak diendahkan hanya masa yang menghuraikan semuanya. 
Suara yang tak tahu akan dipersalahkan jua!

Hanya kepada Dia menadah tangan memohon ampun!


P/s : deraf 28/5/21

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Dikuasakan oleh Blogger.