Pensyarah versus Pelajar

Pensyarah versus Pelajar | Semalam pensyarah saya post gambar dia bersama pelajar saya. Alahai... pensyarah saya ni mengajar kami masa degree dulu, sampai sekarang pun saya setia belajar tentang penerbitan dokumentari dengannya. 


Pensyarah Yang Hebat

Syukur, sampai sekarang hunungan kami pelajar dan pensyarah masih kukuh. Semua pensyarah saya hebat-hebat sebab itu sampai sekarang saya keep in touch dengan mereka... Anak murid dia ni je yang tak berapa hebat... selalu dikecam pelajar. Macam-macam pelajar tak puas hati! ye la kan... pelajar lagi hebat daripada pensyarah!


my student with my lecturer

mengumpat apa haahh pasal saya... hehehe.... 

Saya memang salut la dengan Mr Salim (sebelah kiri), di usia emas dia masih kuat, tekad, bersungguh-sungguh untuk sambung master. Allhadulillah, tahun lepas dia konvo... Baju pink yang hensem tu my lecturer awek muda! hehehe... Kalau masuk kelas dia dari masa saya degree sampai tua dah ni saya still maintain saya gelak... Bila dah berusia ni 


Apa pun saya berterima kasih pensyarah saya yang marah kami, bagi kami fail, koyak assignment kami, buang dalam tong sampah assignment kami, kalau kami tak fail, assignment kami tak kena koyak, kami tak jadi orang sampai sekarang... Pelajar sekarang boleh ke pensyarah buat macam tu?

Kalau dulu pensyarah kita cakap A, itu yang kita buat, takut! ikut ja apa pensyarah cakap. Pelajar sekarang cakap berbuih mulut pun tak paham-paham.... Itu pun boleh lagi cakap pensyarah macam ni, pensyarah macam tu...

Ilmu Tak Berkat! itu sahaja nak cakap... percaya lah... selagi tak datang jumpa pensyarah minta maaf, tak kemana jadinya...

Pelajar Yang Hebat

Mr. Salim ni walaupun dia diusia macam ayah-ayah dengan saya, tapi dia sangat menghormati saya malah semua pensyarah di pusat pengajian yang mengajar dia semua dia hormat... Saya segan dengan peribadinya. Dia terima apa yang kita cakap! Ada banyak perkara yang saya juga belajar dengannya. 

Apa yang best masa kami pergi buat kerja lapangan di luar kelas. Sampai ke Aman Central p cover berita. Bagus untuk pendedahan pelajar,,,, selain membina keyakinan dalam membuat stand upper dan temuramah secara underspot. 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Dikuasakan oleh Blogger.