Ahad Yang Kerja | Hari ni masuk kerja awal bila tak perlu settle abang Mateen... Sampai ofis naik bilik level 2 dulu bereskan apa yang patut kat bilik tu... Pukul 9 turun ofis bawah....
Masih banyak kerja belum settle kat bilik tu... masih bersepah! belum siap kemas. Wallpaper pun belum siap pasang. Tertangguh sebab tak cukup. Beli baru tambah, tak sempat lagi nak sambung pasang...
Bulan puasa hari tu saya ada beli pokok-pokok online, pokok snake plant pokok golden pothos, pokok pegaga dan pokok duit-duit...
Best bila ada pokok-pokok menemani kita berekerja. Rasa tenang ja! Pokok ni boleh ingatkan kita supaya sentiasa berzikir kerana pokok tak pernah berhenti zikir. Sedangkan kita asyik lupa ja selalu nak zikir.
Motivasi Hijau
Segar mata memandang bila tengok dedaun kehijauan.
Hari ni tak keluar ofis, puasa! Kita baru hari pertama puasa. Lepas solah Zohor terus pergi kelas... Habis kelas lecture sambung discussion. Saya jemput pensyarah baharu masuk kelas kenalkan dengan pelajar master di sintok dan juga di Kuala Lumpur... Pukul 5 lebih habis kelas, saya terus balik...
Menu Berbuka
En somi masak sup ayam kampung!
Allhamdulillah

.png)

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.