Isnin Yang Lemah | Hari ni puasa baru hari kedua, rasa penat, lemau, lemah sangat hari ni... Kelmarin puasa saya tak keluara memana... anak-anak pun en somi yang settle... hari ni kena settlekan si bongsu... dan kakak datang ofis, dia nak kena shoot untuk dokumentasi video interview nursing...
Bila keluar pukul 12 tengahari yang panas, badan terus rasa lemau... Macam bulan puasa yang lalu, penat sangat rasa sampai ofis naik bilik rasa macam nak pengsan... keje banyak lum settle... esok audit kendiri! Nak cakap pun tak larat!
Korang ada petua tak apa-apa bagi rasa tak penant sangat...
Saya kalau drive sana sini memang akan rasa penat... Tadi sahur air dah minum banyak! Tapi tekak rasa kering sangat... Singgah solat kat Pusat Islam.. rasa macam time tu juga nak mandi bila peluh menitik-nitik masa solat!
Usai solat! Tengok mesej macam-macam lak masuk... sambil jalan sambil reply!
Nikmatkan dapat mandi....
Balik ofis rehat kejap... sambung dokumen audit yang banyak belum siap...
Panas-panas macam ni dapat matcha strawberry best juga ni kan....

.png)

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.