Di Kota Itu Ku Bertapak
بسم الله الرحمن الرحيم
Sedar tak sedar dah seminggu tak berkunjung ke sini... Dek hari yang mendung, dek cuasa panas membahang, kesibukan kerja siang mahupun malam, menyiapkan kerja tanggungjawab yang mesti dilaksanakan, dek kesihatan yang tidak memberangsangkan, balik rumah sakit kepala, macam tu ler seminggu ini....
Hari ni, 23 April 2026, saya mengiring pelajar ke Muzium Kota Kuala Kedah. Kali pertama saya menjejakkan kaki ke sini. Beberapa tahun sebelum ini hanya mendengar sahaja cerita Kota ini, sejarah Melayu yang terpahat mekar di sanubari... Allhamdulillah, akhirnya, dapat jua saya ke sini. Terima kasih Ya Rabb,,, terima kasih bos saya, sahabat sekerja saya yang membawa saya ke sini. Allah Ya Baarik Yang Maha Menyusun, lambat dan cepat setiap detik, saat, ketika, Dia Yang Menyusun Atur setiap kejadian kita!
Namun, apakan daya cuma sekejap sahaja, tak dapat nak pusing, baca, menelaah setiap tulisan yang tercoret di dinding kertas, canvas menceritakan sejarah kota ini...
InsyaaAllah, ada rezeki Ya Rabb susunkan semula saya ke sini untuk mempelajari, merenungi, memdidik hati merdeka ini untuk mengenal siapa kita siapa Dia! dengan sejarah kita belajar, dengan sejarah kita hidup, dengan sejarah kita kenal siapa pemilikNya.

.png)

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.