Hari Yang Sedih

بسم الله الرحمن الرحيم

Kelmarin, 15 April 2026 hari sedih saya. Dah lama tak rasa sedih disebabkn loptop saya tewas lagi.. 



Saya baru sahaja beberapa bulan ambil laptop ni hampir 3k repair.

Semalam tewas lagi dek kecuaian sendiri untuk membantu orang lain..

Kat ofis susah untuk print warna.. saya p kedai photostat untuk print warna dan binding. Kawan minta tolong. Bukan masalah duit untuk print tapi pengorbanan yang dibuat untuk orang lain. 

Walaupun saya tau orang tak jemput saya pun dalam banyak hal. Namun, jika orang minta tolong saya untuk hal dia, saya tak mampu menolak terus bantu.. sediakan apa yang mereka nak.. tak fikir hal sendiri.. sehingga buat kerja kat luar, print, semata nak prepare untuk kawan.. 

malangnya dalam keadaan kalut drive balik ofis, air tumpah kena laptop. 

Kali ni lagi teruk! Dari dulu… sedih sangat bila cakap kat kawan dia tiada respond, saya tahu dia akan marah saya sebab tak jaga laptop dengan baik. Saya cuai! Sendiri la yang tanggung! Sendiri salah!

Kecuaian sendiri betul,,,, 


Sedih sangat…. Sangat….


Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Dikuasakan oleh Blogger.