Advertorial
Product Review
MAGGI® & KPM Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat: Lancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® Ke-23
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MAGGI® & KPM Mulakan Pencarian Chef
Muda Berbakat
Lancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah
MAGGI® Ke-23
PUTRAJAYA, 20 Mac 2019 – Pertandingan Memasak Sekolah
Menengah MAGGI® (MSSCC) kembali buat tahun ke-23 berturut-turut! Sebagai satu
inisiatif bersama MAGGI® dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), MSSCC tahun
ini akan mempertingkatkan mutu pertandingan dengan menerapkan cabaran baharu
bertujuan memberi inspirasi kepada pelajar bagi memupuk Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT). Acara MSSCC tahun 2019 telah dilancarkan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Presint 11 dan dirasmikan oleh Encik Suhaimi Sun bin Abdullah,
Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Dengan tema ‘Anda dan MAGGI®. - Membawa kesan positif kepada
masakan harian’, MSSCC 2019 juga menawarkan satu platform persaingan untuk chef
muda memperlihatkan kemahiran memasak mereka dalam mencipta sajian masakan
rumah. Di samping itu, MSSCC juga menyemai minat memasak dalam kalangan pelajar
di Malaysia. Menerusi pengalaman tahun lalu, MSSCC 2019 akan memperlihatkan
struktur pertandingan serta elemen baru yang akan dipertingkatkan.

Menurut Cik Kimberly Oh, Pengurus Pemasaran
MAGGI, “Kami teruja kerana dapat memberi peluang sekali lagi kepada anak-anak
muda Malaysia untuk menunjukkan kepakaran kulinari mereka menerusi MSSCC!
Berbeza dengan tahun sebelumnya di mana pelajar akan mencipta sajian
berdasarkan resipi sedia ada, pertandingan tahun ini menampilkan Cabaran
Masakan Kreatif yang memerlukan pelajar untuk memanfaatkan kreativiti dan
kemahiran menyelesaikan masalah mereka dari permulaan pertandingan. Para
pelajar akan diberi bahan mentah rahsia yang memerlukan mereka menggunakan
kreativiti serta kemahiran untuk mempersembahkan idea hidangan mereka. Terdapat
juga penekanan yang lebih besar iaitu persembahan serta kemahiran berkomunikasi
yang para pelajar perlu mempersembahkan resipi sajian yang telah mereka
hasilkan.”
“Kami
sentiasa berusaha untuk memupuk kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat
menerusi pemakanan yang sewajarnya. Ini selaras dengan matlamat jenama kami
untuk mencipta detik-detik bahagia untuk individu dan keluarga menerusi makanan
yang enak,” tambah beliau.
Encik
Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni,
Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, “Kami
mengalu-alukan kerjasama daripada pihak lain, terutama sekali sektor swasta
untuk bersama-sama melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih sihat. Kami
gembira kerana dapat meneruskan kerjasama yang sekian lama terjalin dengan
MAGGI® untuk memupuk tabiat makan yang sihat dalam kalangan pelajar kita.”
“Kami
yakin bahawa elemen baharu dan menarik ini menggalakkan pelajar kita untuk
memperlihatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan menyediakan platform
yang kukuh untuk membolehkan mereka mengembangkan keupayaan mereka,” ujar Encik
Zainal.
Bagi
Cabaran Memasak Kreatif yang akan berlangsung di kedua-dua peringkat negeri dan
kebangsaan, para peserta diberikan pelbagai bahan ramuan masakan. Langkah ini
bertujuan untuk mencabar kreativiti dan kemahiran memasak dalam kalangan chef
muda ini. Chef-chef muda perlu menentukan sajian masakan mereka dengan bahan
berdasarkan kreativiti mereka.
Pertandingan
tahun ini akan memperkenalkan satu kaedah baharu dalam aspek pengadilan dan
pemberian markah di mana para pelajar akan dinilai berdasarkan kemahiran
kulinari dan kemahiran teknikal seperti penyajian makanan, persembahan makanan,
kaedah masakan serta khasiat nutrisi sajian. Pelajar juga diberi peluang untuk
mempersembahkan konsep disebalik sajian yang akan dihidangkan kepada panel
pengadil dan penonton sekaligus menyemaikan minat memasak melalui persekitaran
pembelajaran yang menyeronokkan.
MAGGI®
telah melancarkan program MSSCC pada 1997 dengan matlamat untuk memupuk minat
memasak dalam kalangan anak muda Malaysia dan menggalakkan amalan pemakanan
yang sihat dan tabiat memasak yang baik. Setakat ini, lebih 10,000 sekolah
serta 340,000 pelajar telah mengambil bahagian dalam acara ini dan mendapat
pengetahuan dan kemahiran berkenaan makanan, nutrisi dan pemakanan sihat.
Semasa
upacara pelancaran, tetamu jemputan telah menyertai pelbagai aktiviti, termasuk
paparan interaktif Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Suku suku Separuh, 5 Warna Sehari dan Piramid Makanan Malaysia.
Menerusi permainan dan aktiviti ini, peserta berpeluang untuk memperlihatkan
kemahiran mereka sambil belajar tentang pentingnya pemakanan yang sihat dan
diet yang seimbang. Wakil-wakil media juga diberi peluang untuk menguji
kreativiti mereka dengan dua cabaran menyelesaikan masalah yang berlainan,
‘KREATIF Cooking’ dan ‘KREATIF Setting’.
Untuk
maklumat lanjut tentang MSSCC, sila layari laman web https://www.maggi.com.my/bm/msscc-2019.
Mengenai
Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI®
Pertandingan Memasak Sekolah
Menengah MAGGI® diperkenalkan pada tahun 1997 dengan matlamat untuk memupuk
minat memasak dalam kalangan pelajar sekolah menengah sambil meningkatkan
kesedaran terhadap pentingnya makanan yang berkhasiat dan diet yang seimbang.
Projek ini adalah kerjasama antara
MAGGI®, Kementerian Pendidikan, guru Ekonomi Rumah Tangga, Unit Teknikal dan
Vokasional Negeri, dan Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri.
Lebih
340,000 pelajar telah menyertai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI®
sejak acara tersebut dimulakan. Format yang menarik dan mencabar terus menarik
penyertaan tahun demi tahun.



.png)

sapa ada bakat2 terpendam boleh cuba join =D
BalasPadambakat mudah boleh la cuba masuk pencarian ni. good luck
BalasPadambagus program ni
BalasPadamterbaek program camni :)
BalasPadam