Bicara Hati Menerima Keputusan UPSR

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Allahumma ya Rahman ya Rahim, daku bersyukur atas kurniaanMu terhadapku utk keputusan upsr ini. Apa pun keputusan dariMu, daku redha, ini semua kehendak dan takdirMu ya Qodir ya Muktadir. Setiap takdirMu itu pasti baik bagiku seorg hamba. Sekiranya keptsn upsrku ini sgt cemerlang, jadikan daku hamba yg bersyukur kpMu, sucikan hatiku dari riak dan ujub kerana kejayaanku ini bukan kerana kepandaianku, tetapi semata2 kerana ilmu dariMu ya Alim, kebijaksanaan dariMu ya Hakim serta kepintaran dariMu ya Rashid. KurniaanMu ini membawa tanggungjwb dan amanah yg besar bagiku utk memimpin ummat suatu hari nanti. Ya Aziz ya Qowiy ya matin, Kurniakanku kekuatan utk terus mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.




Ya Allah, sekiranya takdirMu keptsn upsrku  nanti rendah, tidak seperti yg ku sangkakan, Engkaulah ya Khoofidh yg merendahkan, masukkan dlm jiwaku rasa redha atas kehendakMu ya Qodir ya muktadir. Keptsn ini membuatku insaf bahawa diriku hanya seorg hamba yg jahil dan dhaif. Sesungguhnya Engkau ya Hafiz ya Muhaimin menghalangku dan ibubapaku dari riak dan ujub. Sesungguhnya riak dan ujub itu membakar amalan spt api membakar kayu yg kering dan nerakalah tempatnya. Ya Allah ya Muntaqim, lindungi kami semua dari azab nerakaMu.
Ya Allah ya Aziz ya Qowiy ya Matin, kurniakan kami semua kekuatan utk menerima kptsn ini dan terus mencari kecemerlangan dunia akhirat disisiMu di atas jln kebenaran dan keredhaanMu..



5 ulasan:

  1. Tak excited tahun ni sbb takde sedara mara yg amik UPSR :)

    BalasPadam
  2. UPSR kali ini lebih mencabar sebab format baru katanya.
    Tahniah kepada yang cemerlang.

    BalasPadam
  3. Tahniah buat semua... kejayaan pasti setimpal dgn usaha..:)

    BalasPadam
  4. alhamdulillah untuk pelajar UPSR 2016. ape ape pon, klau tk seindah yg diidamkan, try lg. UPSR bukan penghujung :)

    BalasPadam

Leave your inspired here

Dikuasakan oleh Blogger.